Nor Shamsiah Mohd Yunus

Yang Berbahagia Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus[1] merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia mulai 1 Julai 2018[2] yang menggantikan Tan Sri Muhammad bin Ibrahim. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara dari tahun 2010 hingga tahun 2013 dan dari tahun 2013 hingga tahun 2016. Kemudian, beliau menyertai Tabung Kewangan Antarabangsa sebagai Penolong Pengarah Bahagian Pasaran Kewangan dan Modal.[3]Beliau adalah wanita kedua yang dilantik sebagai Gabenor Bank Negara selepas Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.